Suamiku Paling Sweet Full Episodes



Sinopsis Suamiku Paling Sweet

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan. 

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.



SENARAI EPISOD

EPISOD 1
EPISOD 13
EPISOD 14
EPISOD 15
EPISOD 16
EPISOD 17
EPISOD 18
EPISOD 19
EPISOD 20
EPISOD 21
EPISOD 22
EPISOD 23
EPISOD 24
EPISOD 25
EPISOD 26
EPISOD 27


EPISOD 28

Senafas Cinta Full Episodes




Mengisahkan seorang wanita yang cuba menerima suaminya akibat kahwin paksa. Malangnya, dia diceraikan pula ketika berbadan dua. Namun, apa yang lebih memeritkan, ketika cuba berdepan kenyataan anaknya meninggal dunia, dia terpaksa menerima hakikat untuk tinggal sendirian. Justeru, bagaimanakah kesudahan jalan hidup dilalui wanita ini? Mampukah dia bertahan dan masihkan ada jalan bahagia menantinya?

Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13






Zahira Full Episodes



EPISODE 7
EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10

Baby Ana Milik Siapa Full Episodes




Drama tentang 5 sahabat berkawan dari zaman sekolah melalui kehidupan susah senang bersama. Kisah bermula dengan kehadiran seorang baby yang bernama Ana. Kehadiran baby Ana tersebut telah menimbulkan konflik antara 5 sahabat yang telah berkawan sejak sekolah menengah lagi. Sejak itu, pelbagai kejadian yang berlaku melibatkan ke lima-lima sahabat ini. Apakah yang sebenarnya berlaku? Kenapa dengan baby yang bernama Ana tersebut?

Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10

Teduhan Kasih Full Episodes




Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Episode 10






Ariana Rose Full Episodes

Vaanakam Cikgu

Separuh Jiwaku Full Episodes



Separuh Jiwaku mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Emir Izlan pula seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka dirahsiakan daripada Dato’ Darwish.

Dato’ Darwish yang merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna telah menaruh hati padanya dan mengajaknya untuk berkahwin. Hanna yang menerima lamaran tersebut menyebabkan Ermi menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana beliau turut menyintai Hanna. Peristiwa tersebut mengakibatkan tercetusnya pelbagai dugaan menimpa Hanna



Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13

Syurga Tanpa Cinta Full Episodes

Bila Hati Berbicara Full Episodes






Bila Hati Berbicara merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Antasya Balqis. Buah tangan terbaharu Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah dan dan dibarisi pelakon baru sepertiSyafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif, dan ramai lagi.

Bila Hati Berbicara mengisahkan Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan, hidupnya bagaikan selebriti popular dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Memiliki personaliti menarik dan wajah yang kacak, Emir sering dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. 

Namun sejak Emir dikhabarkan sedang mencari calon isteri, setiap gerak-gerinya menjadi buruan para wartawan. Oleh kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah, Emir inginkan calon isteri yang setaraf dengannya.

Dalam situasi yang tidak terduga, Emir terjumpa dengan gadis bernama Tania Kasturi di kawasan setinggan. Tanpa disedari, Emir mula jatuh cinta terhadap gadis itu, namun dia cuba menafikan perasaannya kerana Tania tidak setaraf dengannya. 

Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania untuk berkahwin dengannya kerana rakannya, Badri Fathul turut menaruh perasaan terhadap Tania. Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu dahulu.







Suamiku Encik Sotong Full Episodes




ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?



Adaptasi dari novel karya Syikin Zainal. Drama bersiri 13 episod dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli. Terbitan Global Station dan bakal ditayangkan pada 27 Oktober ini. Setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD



EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13





Kasih Berbisik Full Episodes



EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12




Nasi Tangas Full Movie



Mengisahkan seorang wanita bernama Mira yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kasih sayang sepenuhnya dari suaminya Hairi. Kerana cemburukan hubungan persahabatan Hairi dan rakan baiknya Fatin, Mira telah mempelajari bagaimana menghasilkan nasi kangkang dari emaknya dan sanggup bermalam dengan seorang bomoh agar impiannya menundukkan Hairi tercapai.










Mamak Cupcake Full Movie


Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake. Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau. Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya?







Haji Tak Mabrur Full Telemovie


Bustaman adalah seorang yang kaya dan dikenali degan kemurahan hati beliau. Dia dan rakan-rakannya Husaini dan Farid memutuskan untuk pergi menunaikan haji tetapi mendapati bahawa giliran mereka hanya akan berlaku pada tahun 2020, Bustaman mencari sebuah agensi swasta untuk menunaikan haji dalam masa terdekat.